IKAN KUKUS SEMPOI

  • 9:18 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!

Selamat malam semua anak-anak Chumah! Pekabo Jah? Heheheh...2-3 hari ni panas membahang, alam pun nampak cerah dan ceria (ppssttt...! orang kampung ambo kata 'ceghah melahang'!!). Bila keluar rumah waktu tengahari...issyyy.....peritnya nak buka mata! caghak (silau) weeiii!!! wakakakakaka!!

Sikalang, wa punya idung sikit kitat lhooo! Itulah penyakit kalo berubah iklim (wah! macam duduk negara 4 musim aje chumah?) Selsema telah melanda diriku ini...Aduhai....selsema pulak dahhhh!! mike tau orang kampung ambo kalo 'selsema' kebanyakan warga emasnya menyebut 'ketat hidung' Jangan gelak ye Jah, ambo cuma 'menghidupkan semula' loghat kampung ambo agar tak hilang dalam percakapan seharian!

Kita tinggalkan segala dialek dan loghat kita, apa kata kalo malam nih kita berkongsi satu lagi resepi yang
sangat sempoi dari ambo! Ini resepi yang di masak oleh orang sakit! hahahah! Iyelah Jah..kalo nak berdiri lama-lama tak berapa nak boleh, kita masak aja yang senang dan sempoi! Habis perkara kan...kannnn???

'IKAN KUKUS' ambo ni sangat menepati piawaian kedua-dua anak ambo! Encik suami kompom tak suka!
Memang....ikan bukanlah makanan feberet en suami. Jadi hari 'IKAN KUKUS' tu, en suami makan sayur dan telur dadar aja! ambik ngko Jah!! Cuma kami tiga beranak yang 'pulun' ikan kukus yang sangat enak ni,
Tak caya? Issyyy...enak Jah, sungguh! kompom!!!

Moh le kita berkongsi pada yang sudi. Nanti ambo nak sidai baju pulak, udah senyap mesin basuh tu!
Hhhhhaaaaa..tu le Jah, orang macam ambo ni sidai baju pun waktu malam....janji begheh sokmo! Tak gitu Jah??? Jangan melalut banyak sangat chumah...moh le kita!

Bahan asas:

1 ekor ikan (tak kisah apa jenis pun)
2 inci halia
3 biji jeruk masin asam boi
1 biji bawang besar
1/2  labu bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis (minimumkan)

-Tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih - sampai layu
- Letakkan ikan dan asam boi dan sedikit air
- Masukkan ikan
- Jika mike menggunakan kuali , tutuplah kuali agar ikan masak dengan sempurna',
   atau lebih senang kalo mike menggunakan 'pemanggang ajaib' yang femes tuh!
- Mike tak payah menggunakan garam kerana jeruk masin asam boi sudah 'cukup rasa'.
- Masak sehingga isi ikan lembut atau kalo menggunakan pemanggang ajaib tu...kurang lebih 15 minit je!

Selamat mencuba resepi orang malas.....heheheh!!!


BUBYEE Jah..ambo nak sidai baju! Esok......? kelija woooooo!!!!
WWuuuuuaaaaaaa....!!!!





You Might Also Like

1 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...