Kek Lapis C.O.B Cheese
-
[image: Kek Lapis C.O.B Cheese]
* Assalamualaikum & selamat petang semua. Hari ni aku nak share resepi
last untuk kek lapis tahun ni. Lepas ni jumpa ...
Opppss maaf!
Sebenarnya hari lahir suami yangambo kasihi adalah semalam, 23 hb Ogos 2010.
Tiada kesempatan untuk ambo menulis di sini, sekadar mengucapkan selamat untuknya
secara peribadi.
Ya.... semalam genap usia suami ambo yang ke 61 tahun. Semoga beliau beroleh kesejahteraan
hidup didunia dan kesejahteraan di akhirat nanti. Moga Allah s.w.t merahmati perjalanan hidup beliau, dimurahkan rezeki yang halal dan ambo berharap dan berdoa agar segala usaha beliau selama ini beroleh berkat.
amin ya rabulalamin.
25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA
- 9:40 PTG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 0 Comments
1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya.Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih taat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimu saja yang layak menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit saja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dengan kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19. Jadikan dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain keran itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia sahaja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
RENUNGKANLAH! SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI OLEH ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT NANTI.
BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR
- 8:11 PTG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 0 Comments
Assalamualaikum.
Dah lama tak bejupa? Apa haba suma muma. Ambo doakan suma muma dok dalam kesejahteraan dan dimurahkan rezeki yang halal, di terima ibadah dan di berkati hidup didunia maupun di akhirat nanti. Aminnn.
Ambo nak bekosi sikit peringatan yang ambo dapat dengan muma semua. Boleh kannnnn?
Barisan pertama : Manusia tanpa tangan dan kaki.
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya.
Barisan kedua : Manusia berwajah babi hitam.
Mereka di dunia melalaikan sembahyang atau sembahyang tetapi masih
melakukan kemungkaran.
Barisan ketiga : Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat
Barisan keempat : Manusia mengalir darah dari mulutnya.
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli
Barisan kelima : Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk.
Mereka menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia
dan mereka tidak takut kepada Allah
Barisan keenam : Manusia yang tengkorok dan tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya.
Barisan ketujuh : Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya.
Mereka di dunia enggan memberikan kesaksian atau menyembunyikan suatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.
Barisan kelapa : Manusia berjalan terbalik (kepala di bawah, kaki di atas)
Manusia di dunia melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.
Barisan kesembilan : Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi.
Mereka di dunia makan harta anak yatim.
Barisan kesepuluh : Manusia bertubuh penuh dengan lipiradan blak (sejenis penyakit kulit yang sangat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada orang tua
Barisan kesebelas : Manusia yang buta matanya, giginya seperti bertanduk, bibir melebar
hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang
menjijikkan.
Mereka di dunia meminum arak
Barisan keduabelas : Manusia berwajah berseri dan bercahaya.
Mereka di dunia golongan beriman dan beramal soleh
KITA DUDUK DI BARISAN MANA? RENUNGKANLAH!!!
cetakan ini ambo peroleh dari:
Madrasah Haji Lodin,
Changkat Jelutong, Changkat Perah.
34500 Batu Kurau.
Waaaaa.........huwaaaaaaaaa!
Rumah ambo banjir lagi!Adoi! Letihnya! Tolon! tolon! tolon! Pada sape ambo nak mengadu?Pada Tok Ketua Kampung? Pada JKKK yang hanya mampu melihat? Pada ADUN yang sokmo sibuk? Tak tahu...tak tahu....tak tahu.......!
Adakala kalau terlalu letih ambo rasa nak teriak. Perasaan ambo bercampur baur, sedih, jauh hati, sakit hati and bla...bla...bla...! nih dengar cerita nak ada projek jalan baru Anak Kurau - kamunting, waaaa.... duduk dalam air le jawabnya ambo kalau tiada pihak berwajib memantau. Aghhhh!
Kesian ayam-ayam ambo, demam deme! ya lah asyik banjir, tentu deme sejuk, urat saraf pun tentu tak sihat! Lecah beb!
Sesudah banjir, ambo terima bahananya pulak! nak tau apa? haaa.... tu le dia! Segala tok nenek pampers, bangkai ayam, batang pisang, batang pinang, segala ranting kayu semuanya berkumpul di laman rumah ambo! Sakit hati tauuuuwwww!
Tapi.....isk...isk...isk.....! ni rumah ambo, tanah ambo, kampung ambo, ambo tetap di sini sampai hujung nyawa! Insyaallah!
waaaaaaaaaaa! ambo teriak sorang-sorang!
Kesian ayam-ayam ambo, demam deme! ya lah asyik banjir, tentu deme sejuk, urat saraf pun tentu tak sihat! Lecah beb!
Opocot! Ugh......!
Kemarin ambo gi Tepeng, nak langsaikan bil telefon dan kad kredit, tapi malang nasib ambo tersalah parking la pulak! isk...isk...isk....
Ambo tengok orang lain parking di situ la jugak, tak dak kena apa pun, nasib badan le agaknya!
Keluar je dari TM, dah nampak ketas pink di cermin depan kereta ambo! waaaaaaaa! kena saman la ambo! Nasib ambo la sebab kureng prihatin dengan parking, RM 50.00 beb! sia-sia je bagi!
Gi MPT tingkat 5 buat rayuan, kureng la RM 20, jadik ambo kena bayau RM30.00.Cit! dah lepas beras 1 kampit! Nak mare pun tak leh sebab tu kelalaian ambo!
Dulu ambo pernah dah kena saman, parking tempat lain, boh duit tiang lain. Tepuk dahi le ambo sebab gopoh sangat! Rugi macam tu le yang ambo selalu ralat! Tu semua salah ambo!
heh....heh....heh.......! Setiap dari muma mesti pernah kena SAMAN! kan....kan....kan....?
Rindu hati ku tidak terkira
terkenang orang yang jauh
yang selalu bermain di mata........
terdengar-dengar suara Allahyarham P.Ramlee....
Sayu, pilu, sebak...bercapo bao peghasaan ambo loni. Hidok ambo sunyi dengan ketiadaan anak-anak di sisi. Ghumah ambo sunyi sunggoh.
Ambo kena tabah, kuatkan semangat ambo. Ambo susuk ai mata ambo, baley lae ai mata ambo jatuh dalam ambo punya hati..... Dema gi nak belaja........
Ambo tungung lagi 2 mingung, anak bosu ambo akan balik kemaghi. Tetu ghioh pulak ghumah ambo dengan keletahnya yang manja dan ceria.
Anak-anak ambo penglipor lara ambo, dema lae buah hati ambo!
Ghindu ambo, ambo sipan dalam hati....ugh....ugh....ughhhh!
terkenang orang yang jauh
yang selalu bermain di mata........
terdengar-dengar suara Allahyarham P.Ramlee....
Sayu, pilu, sebak...bercapo bao peghasaan ambo loni. Hidok ambo sunyi dengan ketiadaan anak-anak di sisi. Ghumah ambo sunyi sunggoh.
Ambo kena tabah, kuatkan semangat ambo. Ambo susuk ai mata ambo, baley lae ai mata ambo jatuh dalam ambo punya hati..... Dema gi nak belaja........
Ambo tungung lagi 2 mingung, anak bosu ambo akan balik kemaghi. Tetu ghioh pulak ghumah ambo dengan keletahnya yang manja dan ceria.
Anak-anak ambo penglipor lara ambo, dema lae buah hati ambo!
Ghindu ambo, ambo sipan dalam hati....ugh....ugh....ughhhh!
