Nangka Mousse Cake
-
[image: Nangka Mousse Cake]
* Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi² buta ni baru sempat
nak update resepi kek nangka ni. Sebab banyak sangat...
19 JANUARI 2010
Selamat hari Lahir sayang! Moga anak mak terus menjadi hamba Allah yang soleh, di sayangi oleh semua orang - kawan, guru, jiran, kenalan dan semua!
19 Januari 1992 - 19 tahun yang lalu, Aiman selamat di lahirkan dengan penuh rasa syukur dan bangga. Setelah bertahun menanti, mak bangga menjadi seorang ibu dan abah megah menjadi seorang ayah!
Hari ini Aiman anak mak telah menjadi anak teruna yang segak. Itulah di pandangan mak!
Aiman anak yang sangat baik, menghormati orang dan anak yang sangat mendengar kata.
Alhamdulillah, anak mak tidak pernah membuat masalah, tak pernah menyusahkan hati mak!
Semoga Aiman di pelihara oleh Allah dunia dan di akhirat nanti! Ya Allah! Aku mohon padaMu
agar anak ku menjadi hamba Mu yang beriman dan bertanggung jawab pada agama, bangsa dan negara!
Selamat Hari Lahir Aiman
Salam semua!
Dah lama ambo tak borak-borak manja dengan muma semua. Haghi ni 17hb, Disember 2010, bulaen teghahei dalam tahong 2010.
Ghokpa mata ambo ni daghi tadi dok tegedik-gedik? Arwah mak ambo kata, kalu mata dok tegedik-gedik, kita nak tengok oghang. Beto kae? Tu bukannya kepercayaan tapi kebetulan!
Puko 5.00 petang, hujan tughong, ambo tak buleh kelek lagi. Anak ambo talipong bagitahu
'Mak! kelek lae cepat, kawan mak maghi! Hui...sapa lae hat nak maghi ke ghumah ambo hujan-hujan lagu ni?
Ambo kelek dalam hujan, basah belosoh baju kahing ambo. Napak 3 oghang tetamu dok di berenda ghumah. Dua oghang ambo kenei, sokghang tu sapa dih?
Ghenung punya ghenung, ooooo! ghupanya kawan sekolah ambo dulu! Foziah Haji Sidek, tu lae kawan baik ambo daghi Tingkatan satu sapey Tingkatan 5 di Sekolah ToK Mudeng, Batu Kugho.
heh...heh...hehhhh! Tekejuk beghok ambo! Seghenok tak kata gena lae! Beghapa puluh tahong tak bejupa, haghi ni apa tuah, apa mipi, dia maghi jupa ambo!
Oghang tina ni kalu dah tua-tua lagu ni...kalu bejupa tak tanya natang penama lae....selaing tanya anak beghapa oghang, menatu beghapa oghang, cucu beghapa oghang. Gi Mekah kae dak lagi!
Nostalgia lama pong beputa kelek lae.... beceghita kesah lama.....kawan-kawan lama.
Hui! Seghenok sunggoh. Tima kaseh Foziah!
......kerana rasa kasihku pada negara tumpah darahku Malaysia, ku luahkan rasa hati menerusi
pantun 8 kerat yang kurang indah dari segi bahasa........ apapun daku cuba sedaya ku untuk mengolahnya dan daku bangga menjadi anak Malaysia!
Sampin sutera tanda balasan,
Hadiah dari orang disayangi,
1 Malaysia slogan kerajaan,
Negara Malaysia tetap dihati,
Peria dijadikan ulam-ulaman,
Dicelur digoreng menjadi resepi,
Malaysia terbilang penuh kecemerlangan,
kemana ku pergi sentiasa diingati.
Duhai anak Malaysia, marilah kita menjaga tanah pusaka ini!
Hakcipta:chumah.blogspot.com
Opppss maaf!
Sebenarnya hari lahir suami yangambo kasihi adalah semalam, 23 hb Ogos 2010.
Tiada kesempatan untuk ambo menulis di sini, sekadar mengucapkan selamat untuknya
secara peribadi.
Ya.... semalam genap usia suami ambo yang ke 61 tahun. Semoga beliau beroleh kesejahteraan
hidup didunia dan kesejahteraan di akhirat nanti. Moga Allah s.w.t merahmati perjalanan hidup beliau, dimurahkan rezeki yang halal dan ambo berharap dan berdoa agar segala usaha beliau selama ini beroleh berkat.
amin ya rabulalamin.
25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA
- 9:40 PTG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 0 Comments
1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya.Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih taat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimu saja yang layak menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit saja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dengan kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19. Jadikan dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain keran itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia sahaja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
RENUNGKANLAH! SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI OLEH ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT NANTI.
BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR
- 8:11 PTG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 0 Comments
Assalamualaikum.
Dah lama tak bejupa? Apa haba suma muma. Ambo doakan suma muma dok dalam kesejahteraan dan dimurahkan rezeki yang halal, di terima ibadah dan di berkati hidup didunia maupun di akhirat nanti. Aminnn.
Ambo nak bekosi sikit peringatan yang ambo dapat dengan muma semua. Boleh kannnnn?
Barisan pertama : Manusia tanpa tangan dan kaki.
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya.
Barisan kedua : Manusia berwajah babi hitam.
Mereka di dunia melalaikan sembahyang atau sembahyang tetapi masih
melakukan kemungkaran.
Barisan ketiga : Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat
Barisan keempat : Manusia mengalir darah dari mulutnya.
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli
Barisan kelima : Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk.
Mereka menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia
dan mereka tidak takut kepada Allah
Barisan keenam : Manusia yang tengkorok dan tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya.
Barisan ketujuh : Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya.
Mereka di dunia enggan memberikan kesaksian atau menyembunyikan suatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.
Barisan kelapa : Manusia berjalan terbalik (kepala di bawah, kaki di atas)
Manusia di dunia melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.
Barisan kesembilan : Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi.
Mereka di dunia makan harta anak yatim.
Barisan kesepuluh : Manusia bertubuh penuh dengan lipiradan blak (sejenis penyakit kulit yang sangat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada orang tua
Barisan kesebelas : Manusia yang buta matanya, giginya seperti bertanduk, bibir melebar
hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang
menjijikkan.
Mereka di dunia meminum arak
Barisan keduabelas : Manusia berwajah berseri dan bercahaya.
Mereka di dunia golongan beriman dan beramal soleh
KITA DUDUK DI BARISAN MANA? RENUNGKANLAH!!!
cetakan ini ambo peroleh dari:
Madrasah Haji Lodin,
Changkat Jelutong, Changkat Perah.
34500 Batu Kurau.
