BISKUT BANGKIT CHEESE

  • 11:01 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments

Nih..baru siap bersauna!
Dah boleh jadi model....dan siap sedia untuk di 'ngap'!
ASSALAMUALAIKUM!!!

Gelora di hatiku
merindu menyayangmu
beginikah rasanya
beginikah tandanya
ooooo asmara......!!!


Hihihi! Pekabo Jah? Lama beno tak bersembang dengan mike ya! Apapun ambo sentiasa menjengah 'dapur kecil'ambo nih...cuma tak up-date..... kerana.... kemalasan tahap melampau melanda diriku!!
chewahhh!!! Malam ni jam di skrin deskbox ambo nih menunjukkan angka 10.36 malam!
Wow! rasa dah mengantuk beno, tapi rindulah yang membawa ambo bersembang-sembang dengan mike!

Malam nih ambo terus jugak menyanyi ...lagu Gaya Zakri pulak le! hihihi! Beliau juga merupakan seorang pelakun dan pernah berlakun bersama Dhalan Zainuddin. Suaranya sedikit kasar tapi masih sedap di dengar!

Kita tinggalkan kisah si penyanyi Gaya Zakri, jom kita sembang-sembang tajuk lain pulak Jah!
Malam nih rasanya ambo nak berkongsi dengan mike satu lagi jenis biskut yang rasanya lemak-lemak manis gitu! Pada tekak ambo ianya sedaplah, begitu juga pada anak tekak anak-anak ambo!
Raya dah nak dekat, kot-kot berkenan..boleh teruskan mencoba resepi nih!

Resepi nih ambo skodeng dari blog Citarasawan yang pemes tuh. Hah....ambo panjang-panjangkan resepi nih dengan mike pulak, Terima kasih pada Blogger Citarasawan!
Moh le kita selak resepinya! Udah 2 - 3 kali ambo buat, raya nih sekali lagi ambo buat biskut yang enak dimakan nih! Moh le kita Jah!!!

Bahan asas:

250 gram mentega
180 gram gula ising
250 gram tepung ubi
225 gram tepung jagung
2 kuning telor
1/2 camca teh baking powder
1/4 camca teh garam halus (pilihan)
70 gram parutan keju

- Pukul mentega dengan gula ising hingga berkrim
- Masukkan telur dan pukul sebati
- Masukkan tepung jagung, tepung ubi dan baking powder - gaul sebati
- Canai dan terap - mengikut acuan yang mike suka
- Sapu permukaan biskut dengan kuning telor dan tabur parutan keju
- Bakar 160 c antara 15 - 20 minit


Selamat berpuasa dari ambo, ambo minta maaf dari ujung rambut ke ujung kaki, manalah tahu
ambo berbuat salah silap tanpa ambo duga! Ramadhan nih kosong-kosng ye!
Selamat malam!!

BUBYE!!!!!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...