12 TAHUN BERLALU.......!

  • 6:12 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 3 Comments




ASSALAMUALAIKUM!

AL FATIHAH!!!!

Ambo mulakan sembang ambo di tahun 2014 Masehi ni dengan kenangan bersama bonda tercinta.
Semua kita mengasihi satu-satunya wanita yang di gelar emak, ibu, ummi, mama, bonda kan?
Satu-satunya wanita yang sangat besar pengorbanan dan kasihnya pada kita anak-anaknya.


Hari ni genap 7.1.2014 genap12 tahun bonda yang amat ambo kasihi meninggalkan ambo dan anak-anak beliau yang berjumlah 8 orang 3 perempuan dan 5 lelaki.  Bonda ambo meninggal tatkala berusia 86 tahun dan masih sihat. Tiada penyakit kecuali bertongkat kerana terjatuh yang mengakibatkan peha beliau terpaksa di masukkan besi. Sungguh tak sangka bonda akan meninggalkan kami semua  kerana hanya demam biasa!

Tak mengapalah...sudah menjadi resam ...yang hidup pasti akan mati! Cuma ambo rasa masih tak puas hidup bersama bonda, wanita yang sangat baik dan sangat pengasih! Sehingga kini ambo menggalas rindu yang sangat sarat. Semasa ambo mengetuk keyboard ni, airmata ambo mengalir tiada henti! Rindunya ambo
pada bonda..hanya ALLAH yang tahu! ....dan ambo juga tahu, anak-anak bonda yang lain juga rindukan bonda!

Al Fatihah.....semoga roh bonda dicucuri rahmat dan ALLAH menempatkan roh bonda bersama roh orang-orang yang beriman!  Kami redho pemergian bonda! Kami sentiasa mengiringi bonda dengan doa dan semoga kita akan bertemu di syurga ALLAH!

Al Fatihah!





You Might Also Like

3 comments

  1. al fatehah untuk opah
    memang rindukan opah
    teringat nasi goreng dia
    teringat kopi dan gula dia
    teringat biskut lenga dia
    teringat segala2nya tentang dia
    satu yang tiada gantinya

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing...Eastern Voyage Pvt. Ltd. is one of the leading Travel Agents & Tour Operators in India with branch & associate offices all over India and in Nepal.
    Indian Temple Tours

    BalasPadam
  3. Nice post, Thanks for your very useful Information, I will bookmark for next reference

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...